Khamis, 15 November 2012

Kembara Seni Jelajah Pantai Timur 2012

Pada pagi Jumaat, 16 November 2012 , kembara seni ini bermula . Seramai 5 orang dari kami dengan persediaan alam kadar menuju pantai timur mencari sesuatu yang hilang sejak sekian lama. Bukan mudah sebenarnya perancangan kembara seni ini. Sudah setahun terbengkalai dan tidak mendapat sambutan yang kekal dan tekal.

Kini kami cuba menguatkan semangat untuk mencari sesuatu yang hilang di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Jami 8.00 pagi kami berkumpul di SMKEH dengan penuh rasa keliru dan celaru.  Apakah kembara ini wajar untuk diteruskan tatkala semua orang bercuti selama dua bulan. Namun perjuangan tetap diteruskan.